Privasi Anda
Halaman ini menerangkan data apa yang kami kumpul semasa anda melawat laman ini, bagaimana ia digunakan, dan pilihan yang anda ada.
Kemas kini terakhir: 30 September 2026
01 Pengenalan
Ayden Smart Academy komited melindungi privasi setiap pelawat laman ini. Dasar ini menerangkan data apa yang kami kumpul dan bagaimana ia digunakan.
Dengan terus menggunakan laman ini, anda bersetuju dengan amalan yang diterangkan di bawah.
02 Data yang kami kumpul
- Data lawatan automatik — halaman yang dilihat, masa lawatan, jenis peranti dan pelayar, serta sumber rujukan (dari mana anda tiba ke laman ini).
- Cookie dan teknologi serupa — fail kecil yang disimpan dalam pelayar anda untuk mengenal pasti lawatan berulang dan mengukur prestasi laman.
- Maklumat yang anda berikan secara sukarela — nama, nombor telefon dan butiran kajian yang anda kongsi apabila menghubungi kami melalui WhatsApp.
Kami tidak meminta atau menyimpan maklumat kad kredit di laman ini.
03 Pihak ketiga
Kami menggunakan beberapa perkhidmatan luar untuk menjalankan dan menambah baik laman ini:
- Google Analytics 4 dan Google Tag Manager — menganalisis prestasi laman dan memahami halaman mana yang paling berguna kepada pelawat.
- Meta Pixel (Facebook & Instagram) — mengukur keberkesanan iklan dan mengoptimumkan paparan iklan kepada orang yang benar-benar memerlukan khidmat kami.
- Cloudflare — hosting laman, perlindungan keselamatan, dan mempercepatkan masa muat.
Untuk tujuan padanan pengiklanan, sebahagian data mungkin dikongsi dalam bentuk hashed — iaitu ditukar menjadi kod yang tidak boleh dibaca balik sebagai maklumat peribadi asal. Ini membolehkan platform iklan memadankan lawatan dengan kempen tanpa mendedahkan identiti anda.
04 Tujuan pengumpulan
Data yang dikumpul digunakan untuk tiga tujuan sahaja:
- Memahami cara pelawat menggunakan laman ini.
- Menambah baik kandungan dan perkhidmatan yang kami tawarkan.
- Mengukur keberkesanan pengiklanan supaya bajet iklan tidak dibazirkan.
Kami tidak menjual data anda kepada sesiapa.
05 Kerahsiaan data klien
Ini bahagian yang paling penting bagi klien kami: data kajian, dataset, proposal dan dokumen yang anda serahkan kepada kami dirahsiakan sepenuhnya. Ia tidak dikongsi, tidak dijual, dan tidak didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga.
Kerahsiaan ini berasingan sepenuhnya daripada data analitik laman yang diterangkan di atas. Alat analitik seperti Google Analytics tidak mempunyai akses kepada fail atau data kajian klien.
06 Data quiz "Perlu Ke Saya Sambung Belajar?"
Jika anda menjawab quiz di /sambung-belajar/, kami mengumpul:
- Butiran hubungan — nama, emel dan nombor WhatsApp yang anda isi sebelum melihat keputusan.
- Profil ringkas — tahap pengajian semasa, jantina dan tanggungjawab (pasangan, anak, keluarga, kerja).
- Jawapan quiz dan skor — 18 jawapan skala, skor 4 dimensi, skor keseluruhan dan kod keputusan.
- Keperluan yang anda pilih di halaman langkah seterusnya, termasuk teks pendek jika anda pilih "Lain-lain".
- Sumber lawatan — parameter kempen (UTM) dan rujukan, jika ada.
Tujuan: menjana dan menghantar keputusan anda, serta menghantar panduan yang berkaitan dengan keperluan yang anda pilih. Tips dan tawaran hanya dihantar jika anda tandakan persetujuan pemasaran, dan anda boleh berhenti melanggan pada bila-bila masa.
Pemproses data: jawapan disimpan dalam Google Sheets melalui Google Workspace (Google LLC), yang bertindak sebagai pemproses data bagi pihak kami. Data tidak dikongsi dengan pihak lain dan tidak dijual.
Penghantaran emel: emel keputusan, emel pengesahan senarai menunggu dan emel susulan dihantar melalui Brevo (Sendinblue SAS, Perancis), yang juga bertindak sebagai pemproses data bagi pihak kami. Untuk tujuan ini, nama, emel, nombor WhatsApp, tahap pengajian, keputusan quiz dan jawapan di halaman langkah seterusnya disimpan sebagai kontak dalam akaun Brevo kami. Emel pemasaran hanya dihantar jika anda tandakan persetujuan pemasaran.
Lokasi simpanan: data ini mungkin disimpan di pelayan Google dan Brevo di luar Malaysia. Kami hanya menggunakan penyedia yang memberi perlindungan data setara dengan keperluan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Bawah 18 tahun: quiz ini untuk pengguna berumur 18 tahun ke atas. Kami tidak sengaja mengumpul data individu bawah 18 tahun tanpa izin ibu bapa atau penjaga. Jika anda ibu bapa atau penjaga dan percaya anak anda telah menghantar data kepada kami, emel kami dan kami akan memadamkannya.
Tempoh simpanan: sehingga 24 bulan dari tarikh anda menjawab, atau lebih awal jika anda minta ia dipadam.
Hak akses, pembetulan dan padam: emel kami di atau hubungi kami melalui WhatsApp 010-267 2653, dengan menyatakan emel yang anda gunakan dalam quiz. Kami akan menghantar salinan data anda, membetulkannya atau memadamkannya dalam masa 21 hari.
07 Hak anda di bawah PDPA Malaysia
Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA), anda mempunyai hak berikut:
- Hak mengakses — meminta salinan data peribadi anda yang kami simpan.
- Hak membetulkan — meminta pembetulan data yang tidak tepat atau sudah lapuk.
- Hak menarik balik persetujuan — memberhentikan penggunaan data anda pada bila-bila masa.
Untuk melaksanakan mana-mana hak ini, emel kami di atau hubungi kami melalui WhatsApp 010-267 2653 (butiran penuh di bahagian 10). Kami akan menjawab permintaan akses, pembetulan atau pemadaman data dalam masa 21 hari.
08 Cookie
Anda boleh mematikan atau memadam cookie melalui tetapan pelayar anda (Chrome, Safari, Firefox dan lain-lain). Setiap pelayar mempunyai caranya sendiri — biasanya di bawah menu Settings → Privacy.
Sila ambil maklum: jika cookie dimatikan, sesetengah fungsi laman mungkin tidak berjalan seperti sepatutnya.
09 Perubahan dasar
Dasar ini boleh dikemas kini dari semasa ke semasa mengikut perubahan perkhidmatan atau keperluan undang-undang. Tarikh kemas kini terakhir sentiasa dipaparkan di bahagian atas halaman ini.
Kami menggalakkan anda menyemak halaman ini sekali-sekala.
10 Hubungi kami
Ada soalan tentang dasar ini atau data anda? Hubungi kami:
- WhatsApp: 010-267 2653
- Email: