Terma Penggunaan
Syarat ringkas yang terpakai apabila anda menggunakan laman ini, termasuk quiz Perlu Ke Saya Sambung Belajar? dan kandungan yang kami sediakan selepasnya.
Kemas kini terakhir: 30 September 2026
01 Penerimaan terma
Laman ini dikendalikan oleh Ayden Smart Solution (AS0420450-X), beroperasi sebagai Ayden Smart Academy. Dengan melayari laman ini, menjawab quiz, atau menghantar borang, anda bersetuju dengan terma di bawah.
Jika anda tidak bersetuju dengan mana-mana bahagian, sila hentikan penggunaan laman ini.
02 Sifat quiz dan kandungan
Quiz Perlu Ke Saya Sambung Belajar?, scorecard, laluan yang dicadangkan dan panduan susulan adalah panduan umum untuk refleksi diri. Ia berasaskan jawapan anda sendiri dan rujukan kajian yang dinyatakan di halaman quiz.
- Ia bukan nasihat profesional — bukan nasihat akademik, kewangan, undang-undang, psikologi atau kerjaya yang khusus untuk keadaan anda.
- Ia bukan jaminan kemasukan ke mana-mana universiti atau program, dan bukan ramalan sama ada anda akan tamat pengajian.
- Skor dan keputusan boleh berubah mengikut jawapan yang anda beri. Keputusan sebenar untuk sambung belajar adalah tanggungjawab anda, dan kami galakkan anda berbincang dengan penyelia, universiti atau penasihat yang berkaitan.
03 Had umur
Quiz dan borang di laman ini ditujukan kepada pengguna berumur 18 tahun ke atas.
Jika anda berumur bawah 18 tahun, anda perlu mendapatkan izin ibu bapa atau penjaga sebelum menjawab quiz atau menghantar maklumat peribadi kepada kami.
04 Penggunaan data anda
Maklumat yang anda beri melalui quiz dan borang di laman ini dikumpul dan digunakan mengikut Dasar Privasi kami dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Dengan menandakan kotak persetujuan pada borang, anda membenarkan kami memproses data itu untuk menjana dan menghantar keputusan anda, serta menghantar panduan berkaitan jika anda memilihnya.
Untuk meminta akses, pembetulan atau pemadaman data anda, emel kami di atau hubungi kami melalui WhatsApp 010-267 2653. Kami akan menjawab dalam masa 21 hari.
05 Komunikasi dan hak berhenti melanggan
Jika anda bersetuju menerima tips, maklumat program dan tawaran, kami mungkin menghubungi anda melalui emel atau WhatsApp.
Anda boleh berhenti melanggan pada bila-bila masa melalui pautan dalam emel, dengan membalas "berhenti" di WhatsApp, atau dengan menghantar emel kepada kami (lihat bahagian 10). Permintaan itu tidak menjejaskan keputusan quiz yang telah anda terima.
06 Harta intelek
Soalan quiz, kaedah pemarkahan, teks keputusan, reka bentuk, ilustrasi, logo dan semua kandungan di laman ini adalah hak milik Ayden Smart Solution atau pemberi lesennya, dan dilindungi undang-undang hak cipta.
- Anda boleh berkongsi pautan ke quiz dan skor peribadi anda.
- Anda tidak boleh menyalin, mengubah suai, menerbitkan semula, menjual atau menggunakan kandungan ini untuk tujuan komersial tanpa kebenaran bertulis daripada kami.
07 Had liabiliti
Laman dan quiz ini disediakan "seadanya". Kami berusaha memastikan ia tepat dan berfungsi, tetapi tidak menjamin ia bebas ralat, tidak terganggu, atau sesuai untuk setiap keadaan.
Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Ayden Smart Solution tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan, langsung atau tidak langsung, yang timbul daripada pergantungan kepada keputusan quiz atau kandungan laman ini, termasuk keputusan untuk mendaftar atau tidak mendaftar di mana-mana program pengajian.
Tiada apa-apa dalam terma ini menghadkan atau menjejaskan hak anda sebagai pengguna di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999.
08 Undang-undang yang terpakai
Terma ini tertakluk kepada dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia. Sebarang pertikaian yang timbul daripada penggunaan laman ini tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah Malaysia.
09 Perubahan terma
Terma ini boleh dikemas kini dari semasa ke semasa. Tarikh kemas kini terakhir sentiasa dipaparkan di bahagian atas halaman ini. Penggunaan berterusan selepas perubahan bermakna anda menerima terma yang dikemas kini.
10 Hubungi kami
Ada soalan tentang terma ini, atau mahu berhenti melanggan atau memadam data anda? Hubungi kami:
- Email:
- WhatsApp: 010-267 2653